๐™„๐™‰๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐™„๐™‚๐˜ผ ๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐™„๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐™„ ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™†-๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™† ๐™†๐™€๐˜พ๐™„๐™‡ ๐˜ฝ๐™„๐™‡๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™…๐˜ผ๐™ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ ๐˜พ๐™„๐™‰๐˜ผ


ๅฐ ๅญฉ ๅญฆไน  ๅŽ่ฏญ ้ข ๅฏน ็š„ ไธ‰ ๅคง ้—ฎ้ข˜
XiวŽohรกi xuรฉxรญ huรกyว” miร n duรฌ de sฤn dร wรจntรญ
.
Saya belajar bahasa Cina di sekolah tapi saya tak pandailah nak cakap! Saya tahu cakap tapi saya tak tahu baca! Saya tak suka bahasa Cina tapi mama paksa juga saya belajar!
.
Ini adalah antara luahan anak-anak yang pernah saya dengar. Anak-anak ini masih terlalu kecil untuk menyuarakan masalah disebalik perasaan mereka. Ada yang saya jumpa kelihatan bingung, kosong, keliru dan pelupa akibat tekanan yang mereka alami.
.
Berat mata saya memandang, berat lagi bahu kecil mereka yang memikul. Oleh itu, saya terpanggil untuk berkongsi tiga masalah dalam pembelajaran bahasa Cina yang dialami oleh anak-anak kecil dan pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
.
Masalah pertama ialah tiada minat. Bak kata pepatah cinta boleh disemai, minat boleh dipupuk, kerjasama yang baik antara ibu bapa dan guru sangat membantu dalam memupuk minat belajar dalam diri anak-anak kecil.
.
Ibu bapa boleh memberi dorongan dengan menunjukkan minat belajar dan membuat kerja rumah bersama anak selain memuji dan sentiasa memberikan kata-kata positif pada anak mereka.
.
Masalah kedua adalah anak-anak tidak mampu mengikuti pelajaran dari sukatan pelajaran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang direka untuk kanak-kanak yang bahasa ibundanya ialah bahasa Cina. Sukatan pelajaran ini sarat dengan sastera Cina yang sebenarnya kurang digunakan dalam bahasa komunikasi dan penulisan moden selain beban menghafal kosa kata dari matapelajaran lain seperti matematik, sains, pendidikan jasmani yang turut diajar dalam bahasa Cina boleh menyebabkan anak-anak ini mengalami tekanan yang luar biasa sehingga berlakunya penolakan dan bantahan dalam diam.
.
Bila ini terjadi, anak-anak akan pergi ke sekolah dan kelas tuisyen seperti biasa tetapi enggan menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Saya pernah merakamkan tingkah-laku seorang pelajar seperti ini untuk ibu bapanya mengetahui situasi sebenar anak mereka. Walaupun kelihatan dia memberi perhatian ketika saya mengajar, tapi tiada satu patah pun perkataan baru diajar yang diingatnya. Keputusan ujian untuk matapelajaran bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islamnya pula bagus hanya keputusan untuk matapelajaran yang diajar dalam bahasa Cina yang gagal.
.
Salah satu pilihan yang ibu bapa boleh usahakan jika anak mereka menghadapi masalah ini ialah belajar sukatan pelajaran bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (SK) yang direka untuk kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Cina. Sukatan pelajaran bahasa Cina SK ini lebih menekankan aspek komunikasi moden dalam perbualan dan penulisan jadi ia lebih mudah untuk dipelajari dan dikuasai.
.
Selain sukatan pelajaran bahasa Cina SK, satu lagi ialah sukatan pelajaran bahasa Cina antarabangsa yang digunakan di sekolah-sekolah swasta yang membawa kita kepada masalah ketiga, stereotaip Nak Pandai Bahasa Cina Mesti belajar di SJKC dan Mesti Belajar Masa Kecil.
.
Stereotaip ini sebenarnya sudah lapuk, kerana pada hari ini bukan SJKC sahaja yang menawarkan matapelajaran bahasa Cina, SK , sekolah swasta dan pusat-pusat bahasa yang ada di Malaysia juga menawarkan pelajaran bahasa Cina kepada semua golongan tanpa mengira usia. Tahap penguasaan bahasa pula bergantung pada usaha dan minat pelajar itu sendiri seperti belajar bahasa Inggeris, bila banyak membaca, menonton rancangan berbahasa Inggeris, banyak berbual dengan guru dan kawan-kawan maka cepatlah pelajar tersebut menguasai bahasa Inggeris.
.
Bahkan ada ramai Youtuber warganegara asing yang fasih berbahasa Cina sehingga ada yang menjadi pembaca berita, wartawan dan guru bahasa Cina tidak pernah belajar di SJKC, mereka belajar sukatan pelajaran bahasa Cina antarabangsa ketika mereka sudah dewasa. Kejayaan mereka menguasai bahasa Cina dalam masa 3-5 tahun didorong oleh kemahuan, minat dan matlamat yang jelas. Sama halnya dengan beberapa orang pelajar saya yang tidak pernah belajar di SJKC yang kini bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dan ada yang melanjutkan pelajaran di Taiwan.
.
Bagi anak-anak yang tidak mengalami sebarang masalah pembelajaran dalam bahasa Cina, saya ucapkan syabas dan saya doakan semoga kalian terus cemerlang.
.
Namun bagi mereka yang mengalami masalah, cubalah alternatif lain agar anak-anak dapat belajar dalam keadaan yang positif dan gembira kerana zaman kanak-kanak adalah saat anak-anak kita mencipta memori-memori indah bukannya trauma yang akan menjejaskan keyakinan diri dan mempengaruhi keperibadian mereka.
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM
.

Masalah Belajar Bahasa Mandarin

Masalah Belajar Bahasa Cin