Welcome to All Our New Portuguese Language Students

๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ท๐—•๐—ฒ๐—บ-๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ผ ๐—ฎ ๐—ป๐—ผ๐˜€๐˜€๐—ฎ ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ด๐˜‚รช๐˜€!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat datang ke kelas bahasa Portugis kami
๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท Portekizce sฤฑnฤฑfฤฑmฤฑza hoลŸ geldiniz
๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง Welcome to our Portuguese class
๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ ๆฌข่ฟŽๆฅๅˆฐๆˆ‘ไปฌ่‘ก่„็‰™่ฏญ็ญ
๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธู…ุฑุญุจุง ุจูƒู… ููŠ ุตูู†ุง ุงู„ุจุฑุชุบุงู„ูŠุฉ

Today we welcomed seventeen new Portuguese language students. The course will be conducted for two months.


By the end of the course, students will be able to converse fluently in basic Portuguese, empowering them to better perform in their job.

#PortugueseClass #KelasBahasaPortugis

๐˜ฝ.๐™Š, ๐˜ฝ๐™Š, ๐™‡.๐˜ผ, ๐™‡๐˜ผ, ๐˜ฝ๐™Š๐™‡๐˜ผ ็ƒ ๏ผˆ๐™ฆรญ๐™ช)

“Haaa..macam itulah Ah Kong dulu belajar bahasa Melayu di radio RTM, sama macam kamu sekarang duduk sebelah radio setiap hari belajar bahasa Arab. Tapi dia belajar dulu B.O, BO, L.A, LA BOLA ็ƒ (qรญu)”

Itulah kata-kata ibu setelah mendengar ustaz Majdi mengeja ุฃูŽู†ูŽุง satu persatu persatu, alif baris atas, nun baris atas, alif, dalam rancangan Hayyabil Arabiyyah yang disiarkan radio IKIM beberapa tahun yang lalu.

Ah Kong atau atok dalam loghat Cina Teow Chew begitu gigih mempelajari bahasa Melayu melalui radio RTM sekitar tahun 60-an kerana sebagai seorang imigran dari China, mendiang tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal pada waktu itu. Satu-satunya pilihan yang ada ialah pelajaran percuma melalui radio.

Menyara anak yang ramai dengan hasil berniaga, mendiang perlu menguasai bahasa Melayu dengan pantas untuk menjual kepada pelanggan yang majoritinya bukan orang Cina.

Walaupun Ah Kong dan saya mempelajari bahasa yang berbeza melalui corong radio, persamaannya ialah kami mempelajari bahasa pilihan kami sebagai bahasa kedua bukan sebagai bahasa ibunda. Sebab itu lebih mudah dan cepat untuk kami fahami dan kuasai.

Perbezaan di antara pembelajaran bahasa ibunda dengan pembelajaran bahasa kedua adalah seperti di SJK(C) , bahasa Cina diajar dalam bahasa Cina kerana ia adalah pembelajaran bahasa ibunda. Manakala di SK, bahasa Cina diajar dalam bahasa Melayu kerana ia adalah pembelajaran bahasa kedua.

Semoga Malaysia terus aman dan harmoni, semoga anak-anak kecil di Malaysia yang saya sayangi dapat terus menguasai pelbagai bahasa dengan ceria dan tenang.
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM
.

๐™๐™€๐™๐™„๐™ˆ๐˜ผ ๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™ƒ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฃ

๐™๐™€๐™๐™„๐™ˆ๐˜ผ ๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™ƒ
่ฐข ่ฐข
xiรจ xie
.
Li Ming : ่ฐข ่ฐข ไฝ  ็š„ ๅธฎ ๅŠฉ
xiรจ xiรจ nว de bฤng zhรน
.
Ali : ไธๅฎขๆฐ”
bรน kรจ qรฌ
sama-sama
.
่ฐข่ฐข๏ผš terima kasih
ไฝ  ๏ผš kamu
็š„๏ผš punya
ๅธฎๅŠฉ๏ผšpertolongan
ไธๅฎขๆฐ”๏ผš sama-sama
.

Galeri : t.me/RafizahCianLinM
Kelas Bahasa Mandarin Malaysia. Kelas Bahasa Mandarin Seremban

๐™†๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‹๐˜ผ? ๐™Ž๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฝ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™—๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฃ

๐™†๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‹๐˜ผ? ๐™Ž๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฝ
ไธบ ไป€ ไนˆ๏ผŸ ๅ›  ไธบ
wรจi shรฉnme yฤซn wรจi
.
็บข hรณng : merah
็ฏ dฤ“ng : lampu
ๅœ tรญng : berhenti
่ฝฆ chฤ“ : kereta
็œ‹ๅˆฐ kร n dร o : nampak
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM
Kelas Bahasa Mandarin Malaysia. Kelas Bahasa Mandarin Seremban

๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™€๐™๐˜ฝ๐™€๐™•๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‡๐˜ผ๐™Ž ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ ๐˜พ๐™„๐™‰๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™Ž๐™…๐™†(๐˜พ) ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™† ? .


Kelas bahasa Cina di SJK(C) diajar dalam bahasa Cina sebagai pelajaran bahasa ibunda.
.
Manakala kelas bahasa Cina di SK diajar dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM

Kelas Bahasa Mandarin Malaysia. Kelas Bahasa Mandarin Seremban

๐™๐™„๐˜ฟ๐˜ผ๐™† ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ๐™ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฃ

๐™๐™„๐˜ฟ๐˜ผ๐™† ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ๐™
Contoh perbualan โฌ‡๏ธ
.
Mama:
ไฝ  ่ฆ ๅƒ ๅ—๏ผŸ
nว yร o chฤซ ma
kamu mahu makan kah

Anak:
ๆˆ‘ ไธ ่ฆ ๅƒ
wว’ bรบ yร o chฤซ
saya tidak mahu makan
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM

Kelas Bahasa Mandarin Malaysia. Kelas Bahasa Mandarin Seremban

๐™„๐™‰๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐™€๐™๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„ ๐˜ฝ๐™„๐™‡๐˜ผ ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™† ๐™„๐™๐™„๐™† ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™† ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™ˆ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐˜ฟ๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Ž๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ฝ๐™„๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ผ.


ๅฝ“ ๅฐ ้ธญ ๅ’Œ ๅฐ ้ธก ๅฌ
Dฤng XiวŽo yฤ hรฉ xiวŽo jฤซ tฤซng
ๅคง้น… ่ฏด ่ฏ ็š„ ๆƒ… ๅ†ต
dร  รฉ shuลhuร  de qรญng kuร ng
.
Dibesarkan dalam keluarga yang bercakap loghat Cina Hakka, Teow Chew, Hokkien dan menonton drama Kantonis dari Hong Kong setiap petang, saya tidak pernah tahu adanya bahasa Mandarin sehinggalah saya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada 1988.
.
Walaupun tidak faham sepatah pun bahasa Mandarin pada hari pertama persekolahan, saya sangat gembira kerana dapat bermain dan berbual dengan teman sekelas yang bercakap dalam loghat Cina yang saya fahami.
.
Harapkan hujan sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, bila guru kelas mula berbicara, saya mulai rasa pelik, xฤซng sฤ“i tวŽ xฤซ mรฌ wฤ›i๏ผŸ (cikgu bercakap bahasa apa – loghat Teow Chew) tanya saya pada teman baru bernama lรฌlรฌ (ไธฝไธฝ) yang dibalasnya dengan gelengan kepala.
.
Kedengaran ada pelajar lain yang mengeluh chล mร i mรณ gว’ng kวŽ bลi? (kenapa tidak bercakap bahasa Hakka – loghat Hakka)๐Ÿ˜‚.
.
Dari situ bermulalah cabaran komunikasi antara saya dan teman-teman yang tidak tahu bahasa Mandarin dengan semua guru melainkan guru bahasa Melayu (BM), bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam (PI).
.
Alhamdulillah โ€ฆtidak terucap syukur dan gembiranya saya setiap kali cikgu BM,BI dan PI melangkah masuk ke kelas.๐Ÿค—๐Ÿคฒ
.
Kerana bak berperang setiap hari, saya dengan teman-teman yang tidak memahami bahasa Mandarin perlu memerhatikan dengan penuh khusyuk bahasa badan guru-guru ketika mereka bercakap dalam bahasa Mandarin untuk meneka apakah mesej yang cuba disampaikan ๐Ÿคช๐Ÿ˜….
.
Misalnya bila cikgu pegang buku aktiviti dan marah-marah, mulalah kami berbincang dalam loghat Cina, contohnya:
.
Yฤซ tวŽ Homework ร i kฤ kว cว’๏ผŒbรฒi sร i kวo pร  nฤng cว’
(Dia kata kerja rumah mesti disiapkan sendiri, jangan suruh orang lain buatkan -loghat Teow Chew).
.
Gรญ gว’ng gฤซn ngฤซt mรณ Homework
(Dia kata hari ini tiada kerja rumah-loghat Hakka )
.
Bila salah teka, makan rotan lah jawabnya. Bila betul, makan aiskrim Malaysia waktu rehat yeay!๐Ÿฅณ
.
Alhamdulillah selepas beberapa minggu berlalu, anak ayam dan anak itik yang mulanya tidak faham apa yang diperkatakan oleh guru mereka sang Angsa mulai faham kerana banyak perkataan Mandarin yang hampir sama bunyinya dengan loghat Cina yang kami tuturkan di rumah, itu jawapan saya sekarang bila sudah dewasa. Jawapan saya ketika berusia 7 tahun, takut kena rotan dengan cikgu kenalah cepat pandai. ๐Ÿ˜‚.
.
Siapa yang pernah belajar di sekolah Cina, cuba cerita pengalaman kena rotan dengan rotan ajaib? ๐Ÿ˜… Dia punya ajaib Matematik C boleh jadi A lepas beberapa kali Zuuup! Zaaap!!!!๐Ÿ˜‚.
.

Telegram t.me/RafizahCianLinM

KuasaiBahasaMandarin BelajarBahasaMandarinMudah

๐™‡๐™Š๐™‚๐™ƒ๐˜ผ๐™ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ ๐™๐™„๐™Š๐™‰๐™‚๐™ƒ๐™๐˜ผ(๐˜พ๐™„๐™‰๐˜ผ)


Ada banyak loghat Tionghua yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua yang tinggal di Asia Tenggara yang juga dikenali sebagai Nanyang oleh negara China kerana tanahnya yang subur dan kedudukan geografinya.
.
Antara loghat yang dituturkan dengan meluas oleh masyarakat Tionghua di Malaysia,Indonesia, Singapura dan Thailand ialah Hokkien, Teow Chew, Kantonis, Hakka, Hailam dan Foo Chow.
.
Untuk memudahkan komunikasi antara orang Tionghua yang bertutur dalam loghat yang berlainan, Bahasa Mandarin diajar di semua sekolah Cina di Malaysia yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia.
.
Perbezaan antara loghat Tionghua dengan Mandarin amat ketara sekali. Contohnya adalah seperti dalam gambar ini.
.
Harap perkongsian ini menjawab persoalan teman-teman yang sering keliru disebabkan loghat Tionghua yang didengari dengan bahasa Mandarin yang kalian pelajari.
.
Telegram t.me/RafizahCianLinM
.

KuasaiBahasaMandarin

KuasaiBahasaMandarinMudah

๐™„๐™‰๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐™„๐™‚๐˜ผ ๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐™„๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐™„ ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™†-๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™† ๐™†๐™€๐˜พ๐™„๐™‡ ๐˜ฝ๐™„๐™‡๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™…๐˜ผ๐™ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ ๐˜พ๐™„๐™‰๐˜ผ


ๅฐ ๅญฉ ๅญฆไน  ๅŽ่ฏญ ้ข ๅฏน ็š„ ไธ‰ ๅคง ้—ฎ้ข˜
XiวŽohรกi xuรฉxรญ huรกyว” miร n duรฌ de sฤn dร wรจntรญ
.
Saya belajar bahasa Cina di sekolah tapi saya tak pandailah nak cakap! Saya tahu cakap tapi saya tak tahu baca! Saya tak suka bahasa Cina tapi mama paksa juga saya belajar!
.
Ini adalah antara luahan anak-anak yang pernah saya dengar. Anak-anak ini masih terlalu kecil untuk menyuarakan masalah disebalik perasaan mereka. Ada yang saya jumpa kelihatan bingung, kosong, keliru dan pelupa akibat tekanan yang mereka alami.
.
Berat mata saya memandang, berat lagi bahu kecil mereka yang memikul. Oleh itu, saya terpanggil untuk berkongsi tiga masalah dalam pembelajaran bahasa Cina yang dialami oleh anak-anak kecil dan pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
.
Masalah pertama ialah tiada minat. Bak kata pepatah cinta boleh disemai, minat boleh dipupuk, kerjasama yang baik antara ibu bapa dan guru sangat membantu dalam memupuk minat belajar dalam diri anak-anak kecil.
.
Ibu bapa boleh memberi dorongan dengan menunjukkan minat belajar dan membuat kerja rumah bersama anak selain memuji dan sentiasa memberikan kata-kata positif pada anak mereka.
.
Masalah kedua adalah anak-anak tidak mampu mengikuti pelajaran dari sukatan pelajaran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang direka untuk kanak-kanak yang bahasa ibundanya ialah bahasa Cina. Sukatan pelajaran ini sarat dengan sastera Cina yang sebenarnya kurang digunakan dalam bahasa komunikasi dan penulisan moden selain beban menghafal kosa kata dari matapelajaran lain seperti matematik, sains, pendidikan jasmani yang turut diajar dalam bahasa Cina boleh menyebabkan anak-anak ini mengalami tekanan yang luar biasa sehingga berlakunya penolakan dan bantahan dalam diam.
.
Bila ini terjadi, anak-anak akan pergi ke sekolah dan kelas tuisyen seperti biasa tetapi enggan menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Saya pernah merakamkan tingkah-laku seorang pelajar seperti ini untuk ibu bapanya mengetahui situasi sebenar anak mereka. Walaupun kelihatan dia memberi perhatian ketika saya mengajar, tapi tiada satu patah pun perkataan baru diajar yang diingatnya. Keputusan ujian untuk matapelajaran bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islamnya pula bagus hanya keputusan untuk matapelajaran yang diajar dalam bahasa Cina yang gagal.
.
Salah satu pilihan yang ibu bapa boleh usahakan jika anak mereka menghadapi masalah ini ialah belajar sukatan pelajaran bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (SK) yang direka untuk kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Cina. Sukatan pelajaran bahasa Cina SK ini lebih menekankan aspek komunikasi moden dalam perbualan dan penulisan jadi ia lebih mudah untuk dipelajari dan dikuasai.
.
Selain sukatan pelajaran bahasa Cina SK, satu lagi ialah sukatan pelajaran bahasa Cina antarabangsa yang digunakan di sekolah-sekolah swasta yang membawa kita kepada masalah ketiga, stereotaip Nak Pandai Bahasa Cina Mesti belajar di SJKC dan Mesti Belajar Masa Kecil.
.
Stereotaip ini sebenarnya sudah lapuk, kerana pada hari ini bukan SJKC sahaja yang menawarkan matapelajaran bahasa Cina, SK , sekolah swasta dan pusat-pusat bahasa yang ada di Malaysia juga menawarkan pelajaran bahasa Cina kepada semua golongan tanpa mengira usia. Tahap penguasaan bahasa pula bergantung pada usaha dan minat pelajar itu sendiri seperti belajar bahasa Inggeris, bila banyak membaca, menonton rancangan berbahasa Inggeris, banyak berbual dengan guru dan kawan-kawan maka cepatlah pelajar tersebut menguasai bahasa Inggeris.
.
Bahkan ada ramai Youtuber warganegara asing yang fasih berbahasa Cina sehingga ada yang menjadi pembaca berita, wartawan dan guru bahasa Cina tidak pernah belajar di SJKC, mereka belajar sukatan pelajaran bahasa Cina antarabangsa ketika mereka sudah dewasa. Kejayaan mereka menguasai bahasa Cina dalam masa 3-5 tahun didorong oleh kemahuan, minat dan matlamat yang jelas. Sama halnya dengan beberapa orang pelajar saya yang tidak pernah belajar di SJKC yang kini bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dan ada yang melanjutkan pelajaran di Taiwan.
.
Bagi anak-anak yang tidak mengalami sebarang masalah pembelajaran dalam bahasa Cina, saya ucapkan syabas dan saya doakan semoga kalian terus cemerlang.
.
Namun bagi mereka yang mengalami masalah, cubalah alternatif lain agar anak-anak dapat belajar dalam keadaan yang positif dan gembira kerana zaman kanak-kanak adalah saat anak-anak kita mencipta memori-memori indah bukannya trauma yang akan menjejaskan keyakinan diri dan mempengaruhi keperibadian mereka.
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM
.

Masalah Belajar Bahasa Mandarin

Masalah Belajar Bahasa Cin