𝘽.π™Š, π˜½π™Š, 𝙇.𝘼, π™‡π˜Ό, π˜½π™Šπ™‡π˜Ό 球 οΌˆπ™¦Γ­π™ͺ)

“Haaa..macam itulah Ah Kong dulu belajar bahasa Melayu di radio RTM, sama macam kamu sekarang duduk sebelah radio setiap hari belajar bahasa Arab. Tapi dia belajar dulu B.O, BO, L.A, LA BOLA 球 (qΓ­u)”

Itulah kata-kata ibu setelah mendengar ustaz Majdi mengeja Ψ£ΩŽΩ†ΩŽΨ§ satu persatu persatu, alif baris atas, nun baris atas, alif, dalam rancangan Hayyabil Arabiyyah yang disiarkan radio IKIM beberapa tahun yang lalu.

Ah Kong atau atok dalam loghat Cina Teow Chew begitu gigih mempelajari bahasa Melayu melalui radio RTM sekitar tahun 60-an kerana sebagai seorang imigran dari China, mendiang tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal pada waktu itu. Satu-satunya pilihan yang ada ialah pelajaran percuma melalui radio.

Menyara anak yang ramai dengan hasil berniaga, mendiang perlu menguasai bahasa Melayu dengan pantas untuk menjual kepada pelanggan yang majoritinya bukan orang Cina.

Walaupun Ah Kong dan saya mempelajari bahasa yang berbeza melalui corong radio, persamaannya ialah kami mempelajari bahasa pilihan kami sebagai bahasa kedua bukan sebagai bahasa ibunda. Sebab itu lebih mudah dan cepat untuk kami fahami dan kuasai.

Perbezaan di antara pembelajaran bahasa ibunda dengan pembelajaran bahasa kedua adalah seperti di SJK(C) , bahasa Cina diajar dalam bahasa Cina kerana ia adalah pembelajaran bahasa ibunda. Manakala di SK, bahasa Cina diajar dalam bahasa Melayu kerana ia adalah pembelajaran bahasa kedua.

Semoga Malaysia terus aman dan harmoni, semoga anak-anak kecil di Malaysia yang saya sayangi dapat terus menguasai pelbagai bahasa dengan ceria dan tenang.
.
Galeri t.me/RafizahCianLinM
.