Ada banyak loghat Tionghua yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua yang tinggal di Asia Tenggara yang juga dikenali sebagai Nanyang oleh negara China kerana tanahnya yang subur dan kedudukan geografinya.
.
Antara loghat yang dituturkan dengan meluas oleh masyarakat Tionghua di Malaysia,Indonesia, Singapura dan Thailand ialah Hokkien, Teow Chew, Kantonis, Hakka, Hailam dan Foo Chow.
.
Untuk memudahkan komunikasi antara orang Tionghua yang bertutur dalam loghat yang berlainan, Bahasa Mandarin diajar di semua sekolah Cina di Malaysia yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia.
.
Perbezaan antara loghat Tionghua dengan Mandarin amat ketara sekali. Contohnya adalah seperti dalam gambar ini.
.
Harap perkongsian ini menjawab persoalan teman-teman yang sering keliru disebabkan loghat Tionghua yang didengari dengan bahasa Mandarin yang kalian pelajari.
.
Telegram t.me/RafizahCianLinM
.