π™„π™‰π™„π™‡π˜Όπ™ƒ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™π™€π™π™…π˜Όπ˜Ώπ™„ π˜½π™„π™‡π˜Ό π˜Όπ™‰π˜Όπ™† 𝙄𝙏𝙄𝙆 π˜Ώπ˜Όπ™‰ π˜Όπ™‰π˜Όπ™† π˜Όπ™”π˜Όπ™ˆ π™ˆπ™€π™‰π˜Ώπ™€π™‰π™‚π˜Όπ™ π™Žπ˜Όπ™‰π™‚ π˜Όπ™‰π™‚π™Žπ˜Ό π˜½π™€π™π˜½π™„π˜Ύπ˜Όπ™π˜Ό.


当 小 ιΈ­ ε’Œ 小 ιΈ‘ 听
Dāng Xiǎo yā hé xiǎo jī tīng
倧鹅 θ―΄ 话 ηš„ ζƒ… 冡
dà é shuōhuà de qíng kuàng
.
Dibesarkan dalam keluarga yang bercakap loghat Cina Hakka, Teow Chew, Hokkien dan menonton drama Kantonis dari Hong Kong setiap petang, saya tidak pernah tahu adanya bahasa Mandarin sehinggalah saya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada 1988.
.
Walaupun tidak faham sepatah pun bahasa Mandarin pada hari pertama persekolahan, saya sangat gembira kerana dapat bermain dan berbual dengan teman sekelas yang bercakap dalam loghat Cina yang saya fahami.
.
Harapkan hujan sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, bila guru kelas mula berbicara, saya mulai rasa pelik, xΔ«ng sΔ“i tǎ xΔ« mΓ¬ wΔ›i? (cikgu bercakap bahasa apa – loghat Teow Chew) tanya saya pada teman baru bernama lΓ¬lΓ¬ (δΈ½δΈ½) yang dibalasnya dengan gelengan kepala.
.
Kedengaran ada pelajar lain yang mengeluh chō mΓ i mΓ³ gΗ’ng kǎ bōi? (kenapa tidak bercakap bahasa Hakka – loghat Hakka)πŸ˜‚.
.
Dari situ bermulalah cabaran komunikasi antara saya dan teman-teman yang tidak tahu bahasa Mandarin dengan semua guru melainkan guru bahasa Melayu (BM), bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam (PI).
.
Alhamdulillah …tidak terucap syukur dan gembiranya saya setiap kali cikgu BM,BI dan PI melangkah masuk ke kelas.πŸ€—πŸ€²
.
Kerana bak berperang setiap hari, saya dengan teman-teman yang tidak memahami bahasa Mandarin perlu memerhatikan dengan penuh khusyuk bahasa badan guru-guru ketika mereka bercakap dalam bahasa Mandarin untuk meneka apakah mesej yang cuba disampaikan πŸ€ͺπŸ˜….
.
Misalnya bila cikgu pegang buku aktiviti dan marah-marah, mulalah kami berbincang dalam loghat Cina, contohnya:
.
YΔ« tǎ Homework Γ i kā kǐ cΗ’οΌŒbΓ²i sΓ i kǐo pΓ  nāng cΗ’
(Dia kata kerja rumah mesti disiapkan sendiri, jangan suruh orang lain buatkan -loghat Teow Chew).
.
GΓ­ gΗ’ng gΔ«n ngΔ«t mΓ³ Homework
(Dia kata hari ini tiada kerja rumah-loghat Hakka )
.
Bila salah teka, makan rotan lah jawabnya. Bila betul, makan aiskrim Malaysia waktu rehat yeay!πŸ₯³
.
Alhamdulillah selepas beberapa minggu berlalu, anak ayam dan anak itik yang mulanya tidak faham apa yang diperkatakan oleh guru mereka sang Angsa mulai faham kerana banyak perkataan Mandarin yang hampir sama bunyinya dengan loghat Cina yang kami tuturkan di rumah, itu jawapan saya sekarang bila sudah dewasa. Jawapan saya ketika berusia 7 tahun, takut kena rotan dengan cikgu kenalah cepat pandai. πŸ˜‚.
.
Siapa yang pernah belajar di sekolah Cina, cuba cerita pengalaman kena rotan dengan rotan ajaib? πŸ˜… Dia punya ajaib Matematik C boleh jadi A lepas beberapa kali Zuuup! Zaaap!!!!πŸ˜‚.
.

Telegram t.me/RafizahCianLinM

KuasaiBahasaMandarin BelajarBahasaMandarinMudah